How intellectuals should be thinking. How intellectuals should LOOK BEYOND the tittle and EXPLOIT the content. SAY Facts but NO Slanders. P/S: No Offense :)

Lynas. Safe or Harm???

Posted by Intellectual Thought Saturday, 2 July 2011 19:48


Selaras dengan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020 yang lebihan harinya tidak kurang dari 10 tahun lagi , semuanya berubah corak dan bentuk . Anjakan paradigma pemodenan telah dilakukan pada segenap aspek kehidupan masyarakat kini.

Maka, projek Lynas yang dikemukakan baru baru ini tidaklah terkecuali tujuan yang sama, iaitu demi memajukan negara. perghh skema gila ayat. Mungkin kerana aku merasakan bahawa post kali ini merupakan hal yang serius, jadi, marilah kita sama-sama serius-kan diri. okayy jom buat muka berkerut sama2. hahahhh.

Secara ringkasnya. Lynas merupakan;

  1. Sebuah syarikat yang berminat untuk melabur di Malaysia khusus dalam Industri Rare Earth.
  2. Mempunyai strategi dan sumber kewangan untuk menghasilkan sumber Rare Earth, dimana Rare Earth adalah penting dalam teknologi terutama dalam menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid.
  3. Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

sumber : yuseriyusoff.blogspot.com

Memandangkan China membekalkan 97% elemen nadir bumi bagi permintaan dunia untuk kegunaan industri elektronik, kerajaan di sana telah mengehadkan eksport bahan ini ke seluruh dunia dalam strategi untuk menaikkan harga barangan elektronik dari negara mereka. Mereka telah menggunakan alasan untuk memproses bahan tersebut bagi keperluan negara mereka sendiri sahaja walaupun kita semua sedia maklum bahawa mereka telah banyak mengeksploitasi barangan elektronik dalam pasaran dunia.

Disebabkan hal ini, Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan  syarikat Lynas Corporation Ltd demi menambahkan sumber untuk keperluan barangan elektronik di seluruh dunia. Pada penghujung tahun 2010, kerajaan negeri Pahang telah meluluskan permohonan kilang memproses nadir bumi yang terbesar di Asia Tenggara yang bakal didirikan di Gebeng, Pahang.


Secara umumnya, syarikat Lynas Corporation Ltd akan memproses nadir bumi di mana bahan ini amat diperlukan dalam menghasilkan komponen peralatan elektronik yang nipis kecil dan ringan seperti iPad 2. Korang mesti akan tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan nadir bumi kan? Berdasarkan daripada sumber, nadir bumi adalah merupakan satu set bahan galian yang terdiri daripada 17 elemen yang terdapat dalam jadual berkala kimia. Elemen-elemen ini tidak mudah dikesan dan kebiasaannya akan digali dalam jumlah yang banyak.  Komponen yang terhasil daripada nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Baiklah! Oleh kerana begitu ramai yang menghentam projek Lynas, aku teruja untuk memberikan info tentang kebaikan serta faedah-faedah yang bakal didapati oleh semua pihak daripada projek ini. Sebenarnya banyak kebaikkan yang boleh dinikmati oleh semua jika projek ini dijalan. Let's cekidaud!

1. Faedah kepada pihak Lynas;
  1. Diberi tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun oleh kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace.
  2. Mendapat untung daripada pelaburan di yang dibuat malaysia. Alahaii biasa lah tuu. Kalau buat pelaburan, mesti nak untung maaa. logical thinking kan? :]

2. Faedah kepada Malaysia
  1. Kilang nadir bumi dari Australia itu sebenarnya membawa pelaburan besar ke negara ini menerusi pembinaan kilang pemprosesan bernilai RM700 juta.
  2. Projek berkenaan akan membawa masuk jumlah perniagaan besar ke Gebeng, Pahang dan Malaysia, termasuk eksport ditambah nilai. Ia adalah industri strategik yang boleh menarik industri lain, termasuk teknologi hijau.
  3. Kerajaan sudah pun bertindak secara bertanggungjawab dan menunjukkan komitmennya bahawa ia tidak berkompromi dengan isu kesihatan dan keselamatan penduduk setempat dengan meminta badan antarabangsa seperti (Agensi Tenaga Atom Sedunia) IAEA dan pakar bebas membuat penilaian mereka berhubung isu Lynas. Jadi tidak seharusnya timbul isu keselamatan dan sebagainya.
  4. Mewujudkan peluang pekerjaan dimana boleh mengurangkan kadar pengangguran. Terdapat suara- suara sumbang yang mempertikaikan dengan mengatakan projek ini akan membahayakan pekerja kerana mempunyai radiasi yang tinggi. Kebenarannya adalah, setelah dibuat kajian,  rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi. Tambahan pula, para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian. -sumber maklumat-yuseriyusoff.blogspot.com
  5. Indonesia, Vietnam dan Bangladesh juga merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020. Ini menunjukkan bahawa projek Lynas ini akan memberikan keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan siapa tahu akan dengan adanya projek ini, ia akan dapat menjadi salah satu sumber yang bakal menjana ekonomi negara.

Sebenarnya.. terlalu banyak faedah- faedah yang didapati daripada projek ini, jika kita betul-betul mencari maklumat mengenainya. Korang boeh merujuk post ini, kerana ia memberikan lebih banyak info tentang Lynas. Saya pun adalah ambik sikit2 isi blog ini. hehehh.


Banyak isu berbangkit tentang hal ini sebenarnya. Of course from the opposition parties. Skrg mari kita ulas mengulas ala2 debate gitu.. Persoalan from opposition dengan fakta from government:

Q : Pasal Lynas ni, demo kene wat research dulu. Bahayo nanti penduduk setempat!

A : Government telah pun memanggil pakar bebas drpd IAEA (International Atomic Energy Agency) dan ternyata ianya selamat melalui laporan yang dikeluarkan.

Q : Tak betul! Tak percaya! Kerajaan berat sebelah. Kerajaan bayar IAEA untuk menipu.

A : Ish3..don’t make such a hasty assumption.. Why would we lie? IAEA adalah panel bebas. They are not from our country. Varieties. 10 experts from Canada, Finland, British, Holland, Brazil and many more. If we take back our contract after Lynas has spent about billions and we have confirmed that there will be no harm, we will lose a lot of money and face bankruptcy!

Q : Penduduk setempat Gebeng, Pahang, go make a will before all of you’ll die with the radioactive effect.

A : No3.. That’s not a good assumption. We have been assured by the atomic energy experts. We have waited one month to see the radioactive effect and surely, there was no effect at all. The workers will accept 10% of extra radiation just like medic and dentistry x-ray specialist.

Q : Kami taknakla approval haprak daripada Adnan Yaakob (MB Pahang). Mmg la IAEA approve kalau adik Adnan Yaakob dalam IAEA.

A : … ? Mengenai isu ini..ingin saya state clearly that the approval doesn’t come from Kerajaan Negeri Pahang at all. It’s all under government supervision and approval.

Q : Kami TAKKAN TERTIPU. Orang Australia pun bangkang. Dekat Bukit Merah dulu tak cukup bagi pengajaran kat semua?

A : And government juga takkan tertipu. We, as the upper society, must research it thoroughly as we are being looked as intellectual people. FYI, Lynas has been received approval by the Australians’ to build their factory there too. Extra approval from China also.

And the case at Bukit Merah, bahan mentah miliknya came from Tin Mining Tailings which is VERY DIFFERENT from what Lynas uses. Because Tin Mining Tailings is 50X more radiation than Lynas. And Lynas receives more supervision to assure no harm.

I hope our conversation today will help to make you think more intellectually. I’m beginning to get exhausted..air..air..

Conclusion,
Mengutip kata-kata Perdana Menteri,

Negara harus bersedia , generasi zaman millineum intelektualnya semakin bercambah dan tahap pemikirannya makin agresif. Maka seharusnya kita terus berusaha melakukan yang terbaik demi menyumbang yang terbaik untuk negara kita...

Comments (0)

Post a Comment